Kajian Hubungan antara Daya Huni dengan Mobiliti Kediaman bagi Penduduk Rumah Flat Kos Rendah di Johor Bahru
Keywords:
Daya huni , rumah flat kos rendah, mobiliti kediamanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor daya huni dan menganalisis hubungan antara daya huni dan mobiliti kediaman di rumah flat kos rendah di Johor Bahru. Isu daya huni di rumah flat kos rendah mempengaruhi pilihan penduduk untuk tinggal atau berpindah. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti faktor daya huni bagi rumah flat kos rendah dan menganalisis hubungan antara daya huni dan mobiliti kediaman. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan 102 orang responden. Hasil kajian dalam objektif pertama menunjukkan aspek keselamatan mendapat persetujuan tertinggi menggunakan kaedah statistik deskriptif manakala objektif kedua, analisis korelasi menunjukkan aspek tempat kerja mendapat keputusan tertinggi dan dalam analisis MRA, sistem pengurusan dan penyelenggaraan sisa mendapat keputusan tertinggi. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa keselamatan, tempat kerja, pengurusan sisa, dan sistem penyelenggaraan adalah aspek penting dalam memastikan kesesuaian kediaman untuk kediaman berterusan.



