Meneroka Potensi Perubahan Tingkah Laku Penduduk Terhadap Kebersihan Fasiliti Rumah Flat Kos Rendah Menerusi Aplikasi Model Transteoretikal

Authors

  • Nor Fadhilah Atasha Abd Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Hafizal Ishak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Model Transteoretikal, Perubahan Tingkah Laku, Fasiliti , Kebersihan, Flat Kos Rendah

Abstract

Kebersihan fasiliti awam seperti koridor, lif, tempat letak kenderaan, dan kawasan pembuangan sampah sering menjadi isu utama di kawasan rumah flat kos rendah. Masalah ini boleh menjejaskan tahap kesihatan, kesejahteraan serta imej komuniti setempat. Bagi menangani cabaran ini, Model Transteoretikal telah digunakan sebagai pendekatan untuk menganalisis perubahan tingkah laku penduduk melalui lima peringkat utama: pra-kontemplasi, kontemplasi, persiapan, tindakan, dan pemeliharaan. Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, untuk mengenal pasti ciri-ciri Model Transteoretikal dalam kalangan penduduk rumah flat kos rendah. Kedua, untuk menilai potensi perubahan tingkah laku penduduk terhadap aspek kebersihan fasiliti melalui aplikasi model ini. Pendekatan campuran (kualitatif dan kuantitatif) telah digunakan, termasuk pemerhatian lapangan dan pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang responden. Hasil kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa majoriti penduduk berada pada tahap kontemplasi, menandakan kesedaran awal terhadap keperluan perubahan tingkah laku. Sementara itu, dapatan bagi objektif kedua mendapati bahawa kawasan pembuangan sampah mempunyai potensi tinggi untuk mengalami perubahan positif dalam tingkah laku penduduk. Secara keseluruhan, Model Transteoretikal menunjukkan potensi yang besar dalam meningkatkan tahap kebersihan fasiliti di kawasan rumah flat kos rendah melalui strategi intervensi yang bersesuaian dengan tahap kesediaan penduduk untuk berubah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Abd Hamid, N. F. A. ., & Ishak, M. H. (2025). Meneroka Potensi Perubahan Tingkah Laku Penduduk Terhadap Kebersihan Fasiliti Rumah Flat Kos Rendah Menerusi Aplikasi Model Transteoretikal. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 818-828. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21313