Perubahan Nilai Pasaran Harta Tanah Komersial Sebelum dan Selepas Pembinaan AEON Kulaijaya
Keywords:
Hypermarket, Nilai Harta Tanah, Harta Tanah KomersialAbstract
Pada tahun 1980-an, pasar raya besar atau hypermarket mulai memasuki sistem aktiviti perniagaan runcit di Malaysia seperti Giant, Jaya Jusco dan lain-lain. Pada zaman ini, kompleks membeli-belah atau pasar raya semakin bertambah berikutan permintaan yang semakin bertambah. Kawasan strategik yang menjadi tumpuan penduduk terutama di bandar-bandar besar telah membawa kejayaan kepada pembukaan hypermarket dengan lebih banyak lagi. AEON Co.(M) Bhd telah membuka sebuah gedung peruncitan di Indahpura, Kulaijaya pada tahun 2013. Pembangunan di sesuatu kawasan akan mempengaruhi harta tanah di sekelilingnya dari aspek nilai, harga, nilai sewa, dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini adalah mengkaji perubahan nilai pasaran harta tanah komersial di Indahpura sebelum dan selepas pembinaan AEON Kulaijaya serta nilai pasaran masa hadapan harta tanah komersial selepas pembinaan AEON Kulaijaya. Data sekunder adalah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Majlis Perbandaran Kulaijaya dan bahan rujukan lain. Hasil kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel untuk perubahan nilai pasaran kedai pejabat dan Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk nilai pasaran masa hadapan kedai pejabat. Hasil dapatan kajian secara umumnya telah menunjukkan nilai pasaran purata kedai pejabat di Indahpura adalah meningkat selepas pembinaan AEON Kulaijaya serta nilai pasaran masa hadapan kedai pejabat di Indahpura juga menunjukkan peningkatan.