Hubungan antara Latihan Pekerja Terhadap Prestasi Pekerja

Authors

  • Nur Syahindah Hairul Nizam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Juzaimi Nasuredin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Latihan pekerja, Guru, penilaian keperluan latihan, ketersediaan sumber latihan, prestasi pekerja

Abstract

Guru sering dibebani dengan pelbagai tugas yang menyebabkan penurunan motivasi dan produktiviti, sementara latihan dan pengembangan profesional yang tidak mencukupi menyukarkan mereka mengikuti perkembangan pendidikan terkini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara latihan pekerja dan prestasi pekerja di kalangan guru di Johor. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dalam talian, seramai 192 responden terlibat dalam kajian ini. Analisis mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara penilaian keperluan latihan, ketersediaan sumber latihan, dan persepsi pekerja terhadap latihan dengan prestasi pekerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa memahami keperluan spesifik pekerja penting untuk merangka program latihan yang relevan, serta memastikan sumber yang mencukupi disediakan untuk keberkesanan latihan. Persepsi positif pekerja terhadap program latihan pula meningkatkan penglibatan, motivasi, dan kepuasan kerja mereka. Kesimpulannya, organisasi perlu menekankan aspek penilaian keperluan, penyediaan sumber, dan persepsi pekerja terhadap latihan sebagai strategi penting untuk meningkatkan prestasi pekerja dan pencapaian matlamat organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Hairul Nizam, N. S., & Nasuredin, J. (2025). Hubungan antara Latihan Pekerja Terhadap Prestasi Pekerja. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 97-109. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/20074