Hubungan antara Pengetahuan Tentang Produk Kosmetik dan Kesedaran Halal-Hijau dalam Kalangan Generasi Z
Keywords:
Kosmetik halal, kesedaran Halal-Hijau, produk kosmetik, kosmetik, Generasi ZAbstract
Halal-Hijau ialah istilah baharu yang menggabungkan dua perkataan iaitu Halal dan Hijau. Kajian ini memberikan penjelasan tentanghubungan antara pengetahuan tentang produk kosmetik dan kesedaran Halal-Hijau dalam kalangan Generasi Z. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kesedaran Generasi Z mengenai produk kosmetik Halal-Hijau, mengkaji hubungan antara label Halal dan kesedaran produk kosmetik Halal-Hijau, mengenalpasti hubungan antara eko-label dan kesedaran produk kosmetik Halal-Hijau dan mengenalpasti hubungan antara pengetahuan alam sekitar. Metodologi kajian ini adalah menggunakan data primer. Responden dalam kajian ini adalah seramai 384 responden. Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian seperti Whatsapps, Instagram dan Telegram. Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, H1 menunjukkan korelasi rendah manakala H2 menunjukkan korelasi sederhana. H3 telah menunjukkan korelasi kuat. Oleh itu, ketiga-tiga hipotesis yang dibuat telah disokong.



