Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Pembelian Secara atas Talian dalam Kalangan Pelajar: Analisis Pasca Covid19

Authors

  • Nur Farah Adibah Suleiman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • R. Chandrashekar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Pembelian atas talian, Pasca covid19

Abstract

Penularan covid19 merupakan punca peningkatan pengetahuan masyarakat dalam penggunaan internet yang semakin meningkat sehingga kini dipelbagai lapisan peringkat umur. Dalam kajian ini mengutamankan keterlibatan golongan remaja iaitu pelajar universiti dalam pembelian secara atas talian yang semakin meningkat dari semasa penularan covid19 sehingga kini. Menerusi kajian ini, hanya memfokuskan skop penyelidikan dalam kalangan pelajar universiti yang gemar dalam pembelian secara atas talian. Selain itu, objektif kajian memfokuskan kepada pengaruh faktor-faktor yang sentiasa mendorong pelajar dalam pembelian secara atas talian iaitu kepuasan pengguna, kemudahan, pengaruh sosial media, dan laman sesawang. Selain itu, menerusi kajian ini akan menghuraikan tahap kesedaran tingkah laku pembelian secara atas talian dalam kalangan pelajar. Penggunaan pengumpulan dapatan melaluoi kaedah kuantitatif iaitu borag soal selidik. Seramai 300 orang responden dalam kalangan pelajar telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan di secara atas talian di setiap fakulti. Dapatan kajian mendapati faktor yang paling tinggi mempengaruhi pembelian pelajar secara atas talian adalah faktor kemudahan. Dalam kajian ini, mendapati tahap kesedaran tingkah laku pelajar dalam pembelian tinggi apabila pelbagai kemudahan diperolehi apabila membeli secara atas talian. Pengkaji mendapati bahawa ketiga-tiga objektif kajian dapat dicapai dan segala hasil dapatan dihuraikan dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Suleiman, N. F. A., & R. Chandrashekar. (2025). Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Pembelian Secara atas Talian dalam Kalangan Pelajar: Analisis Pasca Covid19. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 63-74. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/20029