Hubungan antara Konsep Kendiri dan Tahap Kebimbangan dalam Kalangan Generasi Z

Authors

  • Nur Ain Maisarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Shazaitul Azreen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Konsep kendiri, kebimbangan, generasi z, Kesihatan mental

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan kebimbangan dalam kalangan generasi Z di Batu Pahat, Johor. Generasi Z yang dilahirkan dari tahun 1997 hingga 2012 menghadapi pelbagai cabaran dalam era digital, termasuk isu kesihatan mental seperti kebimbangan. Statistik menunjukkan bahawa generasi ini mengalami tekanan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. Laporan "Stress in America" oleh American Psychological Association (2023) mendapati bahawa 58% daripada Generasi Z melaporkan kebimbangan berkaitan masa depan, kestabilan kewangan, dan perubahan sosial sebagai faktor utama tekanan mereka. Di Malaysia, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (2022) menunjukkan bahawa 33% individu berusia 16 hingga 24 tahun menghadapi isu kesihatan mental, termasuk kebimbangan dan kemurungan. Faktor seperti perbandingan sosial, cabaran akademik, dan perubahan norma keluarga memainkan peranan dalam membentuk konsep kendiri mereka. Penggunaan media sosial yang meluas juga dikaitkan dengan perbandingan sosial yang boleh memberi kesan negatif terhadap konsep kendiri seseorang. Konsep kendiri merujuk kepada bagaimana seseorang menilai dan menghargai diri sendiri. Konsep kendiri yang positif dapat meningkatkan kesejahteraan psikologi, manakala konsep kendiri yang negatif boleh menyumbang kepada kebimbangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang disebarkan kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat. Analisis statistik digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan tahap kebimbangan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dan kebimbangan. Pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep kendiri dapat membantu menangani masalah kebimbangan dalam kalangan generasi Z. Hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh ahli psikologi, kaunselor, pendidik, dan ibu bapa dalam merangka strategi yang lebih berkesan untuk mengatasi isu kesihatan mental.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Shazaitul Azreen, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Ain Maisarah, & Shazaitul Azreen. (2025). Hubungan antara Konsep Kendiri dan Tahap Kebimbangan dalam Kalangan Generasi Z. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 23-32. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/20023