Strategi Pengurusan Kebajikan Pekerja Asing di Tapak Bina

Authors

  • Wan Nur Athirah Wan Bostamin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ta Wee Seow Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Strategi, pengurusan kebajikan, pekerja asing

Abstract

Industri pembinaan merupakan industri utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Pekerja asing merupakan pekerja bukan warganegara yang datang ke Malaysia untuk bekerja dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.Kebajikan pekerja asing menjadi isu apabila ada sesetengah pihak majikan yang memilih untuk  mengabaikan kebajikan mereka. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif kajian iaitu untuk mengkaji pandangan pihak kontraktor dan pemaju terhadap pengurusan kebajikan pekerja asing serta untuk mengenalpasti strategi penyediaan kebajikan yang lebih berkesan kepada pekerja asing. Kaedah metodologi kajian ini adalah secara kuantitatif dimana soal selidik dijalankan dengan mengedarkan soalan kepada responden. Seramai 127 orang responden telah mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian iaitu melalui google form. Responden adalah terdiri daripada 80.3% daripada pihak kontraktor dan selebihnya sebanyak 19.7% adalah dari pihak pemaju. Kesemua objektif diukur menggunakan analisis deskriptif melalui frekuensi bagi menganalisis data. Analisis data telah dilakukan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan data yang tepat dan tidak diragui. Kesemua data yang diperoleh telah menjawab persoalan kajian . Kedua-dua objektif kajian yang telah ditetapkan semasa proses permulaan kajian ini telah tercapai. Bagi objektif pertama iaitu untuk mengkaji pandangan pihak kontraktor dan pemaju terhadap pengurusan kebajikan pekerja asing telah menunjukkan bahawa pihak majikan bersetuju dengan pandangan dimana mereka telah memastikan permit pekerjaan kepada pekerja asing mereka tidak melebihi tarikh luput. Objektif kedua pula majoriti responden bersetuju terhadap cadangan dimana majikan mengikuti undang-undang yang ditetapkan dalam penyediaan kebajikan pekerja asing. Daripada Pengkajian ini diharapkan agar isu kebajikan pekerja asing di dalam industri pembinaan ini semakin bertambah baik dan dapat menunjukkan cara pengurusan kebajikan yang berguna kepada banyak pihak.

 

 

 

 

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Wan Nur Athirah Wan Bostamin, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Pelajar BPC - Construction Management

  • Sulzakimin Mohamed, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Pensyarah UTHM

  • Norliana Sarpin, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Pensyarah UTHM

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Wan Bostamin, W. N. A. ., Seow, T. W., Mohamed , S., & Sarpin, N. (2025). Strategi Pengurusan Kebajikan Pekerja Asing di Tapak Bina. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 591-601. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19993