Kajian Penggunaan Teknologi Radio-Frequency Identification (RFID) bagi Kelancaran Pengurusan Bekalan Peralatan di Tapak Bina
Keywords:
Cabaran, pengurusan bekalan, peralatan, RFID, tapak binaAbstract
Teknologi RFID menawarkan keterlihatan maklumat, kebolehkesanan, dan automasi dalam pengurusan bekalan peralatan, namun pelaksanaannya di tapak bina menghadapi pelbagai cabaran oleh kontraktor. Antaranya ialah sifat dinamik dan kerumitan projek pembinaan, pengurusan peralatan yang lemah, serta halangan integrasi teknologi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti cabaran, langkah dan menganalisis hubungan utama antara satu sama lain terhadap penggunaan teknologi RFID bagi kelancaran pengurusan bekalan peralatan di tapak bina. Kaedah kuantitatif melibatkan pengedaran 260 borang soal selidik terhadap kontraktor Gred 7 di Johor telah diedarkan melalui secara atas talian dan fizikal dengan kadar maklum balas 34.8% (87 responden). Pengiraan taburan statistik deskriptif; frekuensi, min serta korelasi digunakan untuk menganalisis data bagi mencapai semua objektif kajian dengan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati bahawa cabaran penggunaan teknologi RFID bagi kelancaran pengurusan bekalan peralatan di tapak bina ialah kurang kemahiran menyelenggara. Manakala bagi langkah mengatasi cabaran penggunaan teknologi RFID bagi kelancaran pengurusan bekalan peralatan di tapak bina ialah meningkatkan privasi dan keselamatan pengurusan data melalui penyediaan garis panduan mengumpul data. Bagi hubungan antara cabaran dan langkah-langkah mengatasi dengan ”permintasan isyarat RFID” dan ”tingkatkan kecekapan hubungan” mencatatkan signifikan yang paling kuat. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan panduan kepada kontraktor untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan bekalan peralatan di tapak bina melalui langkah penggunaan teknologi RFID yang betul untuk menangani cabaran pengurusan di tapak bina yang terkini. Maka, diharap kontraktor boleh meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pengurusan logistik peralatan, yang seterusnya menyumbang kepada pengoptimuman kos dan jadual projek di tapak bina.



