Kajian Praktis Pengukuran Ekonomi Terhadap Projek Pembinaan Perumahan Lestari

Authors

  • Muhammad Syahrizal Muhaini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Hamidun Mohd Noh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noralfishah Sulaiman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Lestari, Pengukuran Ekonomi, praktis, projek perumahan

Abstract

Kerajaan Malaysia telah menggalakkan sektor pembinaan perumahan lestari untuk mengamalkan praktis pengukuran ekonomi secara menyeluruh bagi memastikan projek disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, berkualiti, mesra alam, dan mencapai kos yang lebih efektif. Namun, praktis ini masih terhad kepada pengetahuan dan pengalaman yang rendah, pengukuran elemen kos yang kurang tepat, keterbatasan data, perubahan dasar, serta ketidakpastian data pasaran dalam kalangan pemaju. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan praktis pengukuran ekonomi dan langkah penyelesaiannya serta mengkaji hubungan antara permasalahan utama dengan langkah penyelesaian permasalahan utama bagi praktis pengukuran ekonomi terhadap projek pembinaan perumahan lestari. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan borang soal selidik berstruktur diedarkan secara atas talian dan fizikal kepada 52 syarikat pemaju perumahan di Selangor dengan maklumbalas sebanyak 88.46%. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi, min serta korelasi bagi mencapai semua objektif kajian dengan perisian SPSS. Objektif pertama menunjukkan permasalahan tertinggi adalah kekurangan pengalaman dan pengetahuan. Objektif kedua menunjukkan bahawa pemantauan berterusan dan strategik merupakan strategi penyelesaian tertinggi dan objektif ketiga menunjukkan bahawa hubungan masalah utama iaitu kesulitan mentafsir nilai tambah lestari dengan strategi penyelesaian iaitu memperoleh platform data lebih cepat adalah yang paling signifikan. Kesimpulannya, kajian ini dapat meningkatkan pemahaman pemaju perumahan mengenai konsep ekonomi dalam pembangunan perumahan lestari, yang seterusnya membolehkan mereka mengaplikasikan strategi penyelesaian praktikal untuk mengatasi cabaran dan mengoptimumkan keberkesanan projek. Pemaju juga dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik, seterusnya mengurangkan risiko ekonomi dan meningkatkan manfaat jangka panjang dalam pembangunan perumahan lestari dengan penerapan pengukuran ekonomi yang lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

MUHAINI, M. S., Rozlin Zainal, Hamidun Mohd Noh, & Noralfishah Sulaiman. (2025). Kajian Praktis Pengukuran Ekonomi Terhadap Projek Pembinaan Perumahan Lestari. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 440-459. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19945