Faktor dan Corak Lambakan Harta Tanah Kediaman Tidak Terjual di Johor Bahru, Johor melalui Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

Authors

  • Nurul Farahnadiah Mohamad Asli
  • Edie Ezwan Mohd Safian UNIVERSITI TUN HUSSEIN ON MALAYSIA

Keywords:

Harta tanah, kediaman, Tidak Terjual, Faktor, Corak

Abstract

Kenaikan unit harta tanah kediaman tidak terjual semakin meningkat dan telah menjadi isu utama saban tahun kerana ketidakmampuan para pembeli. Hal ini menyebabkan peningkatan lambakan harta tanah kediaman yang tidak terjual di beberapa kawasan utama di Malaysia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji faktor dan corak kawasan harta tanah kediaman yang tidak terjual. Kajian kes yang telah dijalankan adalah di kawasan sekitar Johor Bahru, Johor dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini telah dilakukan secara berperingkat untuk mengelakkan berlakunya pertindanan data. Untuk mencapai objektif kajian ini, kaedah campuran telah digunakan di mana objektif pertama telah melibatkan data primer yang telah diperolehi daripada temubual separa berstruktur manakala objektif kedua telah dicapai melalui data-data sekunder yang telah dikumpul melalui data transaksi serta, laporan tahunan pasaran harta. Pengumpulan data tersebut telah dianalisis dan diplotkan dengan menggunakan aplikasi GIS. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan faktor-faktor dan corak kediaman-kediaman tidak terjual meliputi jenis kediaman, ciri-ciri lokasi, pembangunan setempat dan kemudahsampaian kawasan kediaman tidak terjual. Kajian ini diharapkan dapat memberikan idea kepada pemain harta tanah terhadap faktor dan corak kawasan harta tanah kediaman tidak terjual di Johor Bahru, Johor dengan lebih terperinci melalui aplikasi GIS.

Downloads

Published

13-06-2021

How to Cite

Nurul Farahnadiah Mohamad Asli, & Mohd Safian, E. E. (2021). Faktor dan Corak Lambakan Harta Tanah Kediaman Tidak Terjual di Johor Bahru, Johor melalui Aplikasi Sistem Maklumat Geografi. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1397–1411. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1994

Issue

Section

Article