Kajian Penyelenggaraan Sistem Kawalan Kebakaran di Bangunan Asrama Universiti Awam
Keywords:
Penyelenggaraan Sistematik, Alat Kawalan Kebakaran, Asrama, Universiti Awam, Penyelenggaraan, Alat kawalan kebakaran, Asrama, Universiti AwamAbstract
Penyelenggaraan sistem kawalan kebakaran adalah elemen penting bagi memastikan keselamatan bangunan terutama di bangunan universiti awam. Objektif kajian ini adalah termasuk untuk mengenalpasti faktor kegagalan yang mempengaruhipenyelenggaraan sistem kawalan kebakaran di bangunan asrama universiti awam, kesan penyelenggaraan yang tidak sistematik dalam sistem kawalan kebakaran di bangunan universiti awam dan langkah pengurusan penyelenggaraan yang sistematik dalam sistem kawalan kebakaran di bangunan universiti awam. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada kontraktor yang terlibat dalam penyelenggaraan bangunan asrama universiti awam di negeri Johor . Seramai 183 responden mewakili 63.1 % daripada jumlah soal selidik yang diedarkan. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor kegagalan yang menyebabkan penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan secara sistematik antaranya ialah prosedur penyelenggaraan lemah menjadi punca kegagalan yang menyebabkan kesan lain berlaku seperti risiko keselamatan yang tinggi yang menyebabkan keselamatan penghuni terancam disebabkan alat keselamatan kebakaran tidak berfungsi dengan baik. Ekoran daripada itu, terdapat beberapa cadangan diketengahkan untuk membantu universiti awam seperti memastikan komunikasi antara pihak pengurusan dan penghuni asrama mengenai isu kawalan kebakaran adalah baik. Sehubungan dengan itu, ia dapat memperkukuhkan penyelenggaraan sistematik kawalan kebakaran sekali gus memastikan persekitaran yang selamat untuk semua penghuni asrama.kontraktor penyelamat dalam mengatasi masalah.



