Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti di Rumah Pangsa, Jalan Pantai, Batu Pahat, Johor

Authors

  • Mohammad Nazrul Asyraf Mohd Saleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zarina Shamsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nur Yuhanis Ismon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Penyelenggaraan bangunan, Flat awam, Pengurusan fasiliti, Kualiti hidup, Kepuasan penduduk

Abstract

Flat awam dibina dan disediakan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan untuk memenuhi keperluan perumahan penduduk, terutamanya golongan berpendapatan rendah hingga sederhana. Pengurusan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti terhadap kediaman flat awam memainkan peranan penting dalam menjamin kecekapan operasi dan pemeliharaan bangunan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan. Namun begitu, isu-isu berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti dalam kediaman flat awam sering kali menjadi tumpuan perbincangan, terutamanya dalam konteks pemeliharaan, kebersihan, keselamatan, dan kepuasan penghuni. Pengurusan yang cekap bukan sahaja memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni, tetapi juga mempengaruhi kualiti hidup dan nilai hartanah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pelaksanaan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti di Rumah Pangsa, Jalan Pantai, Batu Pahat, Johor. Di samping itu, kajian ini mengkaji tahap kepuasan penduduk terhadap penyelenggaraan bangunan dan fasiliti dalam usaha meningkatkan kualiti kerja pihak pengurusan di kediaman flat awam. Kajian ini mengaplikasi kaedah pemerhatian di kawasan kajian, temu bual bersama ketua penduduk dan seorang penduduk yang lama menetap selama 20 tahun dan soal selidik kepada penghuni Rumah Pangsa, Jalan Pantai di Batu Pahat, Johor. Hasil kajian didapati majoriti penduduk flat berpuashati terhadap penyelenggaraan bangunan dan fasiliti oleh pihak pengurusan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Mohd Saleh, M. N. A., Mat Radzuan, I. S., Shamsudin, Z., & Ismon, N. Y. (2025). Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti di Rumah Pangsa, Jalan Pantai, Batu Pahat, Johor. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 702-712. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19931