Kesan Kos Pembinaan Rumah Menggunakan Industrial Building System (IBS) Berasaskan Kenaf

Authors

  • Mohd Juzaidi Kamaruddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Pembinaan Berindustri (IBS), Teknologi Pembinaan, Kesan Kos, IBS Kenaf

Abstract

Dalam usaha Malaysia mencapai pembangunan mampan, sektor pembinaan menghadapi cabaran seperti keperluan mengurangkan jejak karbon, meningkatkan kelestarian, dan menurunkan kos. Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dengan bahan alternatif seperti kenaf, yang mesra alam, ringan, dan kukuh, dilihat berpotensi sebagai salah satu cara penyelesaian bagi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, kekurangan bahan mentah, kos pemprosesan yang tinggi, dan kurangnya kesedaran di kalangan kontraktor menghalang perkembangan teknologi ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai potensi dan penerimaan IBS kenaf dalam menyokong agenda kelestarian dan keberkesanan kos di sektor pembinaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen binaan yang menggunakan kenaf dalam teknologi sistem bangunan berindustri (IBS), mengenal pasti pandangan dan penerimaan IBS kenaf dalam kalangan kontraktor pembinaan dan mengenal pasti kesan dari segi kos bagi pembinaan rumah menggunakan IBS berasaskan kenaf. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual melibatkan tiga responden yang mempunyai pengalaman berkaitan dengan IBS kenaf. Data dianalisis secara tematik untuk memastikan keabsahan dapatan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi menunjukan bahawa IBS berasaskan kenaf digunakan dalam komponen seperti panel dinding, siling, bumbung dan papak lantai. Kenaf juga diiktiraf kerana sifatnya yang ringan, kukuh dan mesra alam. Dari sudut kesan kos, teknologi ini menawarkan penjimatan melalui pengurangan masa pembinaan, penggunaan buruh, dan kos pengangkutan. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran utama termasuk kekurangan bahan mentah tempatan, kos pemprosesan yang tinggi dan keperluan mesin khusus. Kajian ini juga mendapati penerimaan teknologi ini sederhana, dengan halangan seperti kurangnya kontraktor yang mahir dan infrastruktur sokongan yang lemah serta keraguan terhadap ketahanannya. IBS kenaf ini mempunyai potensi yang besar untuk mengurangkan kos pembinaan dan meningkatkan kelestarian dalam sektor pembinaan. Namun sokongan tambahan diperlukan untuk memastikan penggunaan yang lebih meluas. Kajian ini mencadangkan usaha berterusan dalam mempromosikan dan membangunkan teknologi untuk meningkatkan daya saing IBS kenaf sebagai alternatif utama dalam pembinaan rumah di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Kamaruddin, M. J. ., & Sarpin, N. (2025). Kesan Kos Pembinaan Rumah Menggunakan Industrial Building System (IBS) Berasaskan Kenaf. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 363-378. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19924