Cabaran Kontraktor dalam Projek Pemulihan Bangunan Perumahan Terbengkalai di Johor Bahru

Authors

  • Fatin Nurhuda Abd Halid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Md. Asrul Nasid Masrom Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Perumahan Terbengkalai, Cabaran Kontraktor, Johor Bahru, Projek Pemulihan

Abstract

Industri pembinaan merupakan industri yang sedang maju dan berkembang di dalam negara. Namun begitu, terdapat projek pembinaan seperti projek perumahan yang mengalami isu seperti projek perumahan terbengkalai. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek pemulihan perumahan terbengkalai ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti faktor projek bangunan perumahan menjadi terbengkalai, mengenal pasti cabaran yang dihadapi kontraktor semasa melakukan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai tersebut dan mengenal pasti strategi kontraktor untuk menyelesaikan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai di Johor Bahru. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Kajian ini menemubual tiga orang responden pihak kontraktor G7 yang bekerja dalam projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai di Johor Bahru. Data kualitatif dari temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian ini mendapati faktor utama dalam projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai adalah pengurusan, kewangan dan perundangan. Manakala cabaran utama adalah harga bahan, kekangan masa dan keadaan ekonomi. Bagi strategi utama bagi kontraktor untuk menyelesaikan projek pemulihan bangunan perumahan terbengkalai pula adalah pengambilan pekerja mahir, perancangan teliti dan kolaborasi dengan pihak berkepentingan. Oleh itu, kajian yang dijalankan dapat mengetahui faktor dan strategi untuk menyelesaikan isu berkaitan pemulihan projek perumahan terbengkalai dan membantu kontraktor penyelamat dalam mengatasi masalah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-06-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Abd Halid, F. N., Sarpin, N., Masrom, M. A. N., & Mohamed, S. (2025). Cabaran Kontraktor dalam Projek Pemulihan Bangunan Perumahan Terbengkalai di Johor Bahru. Research in Management of Technology and Business, 6(1), 347-362. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/19923