Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pos Malaysia dan Gdex di Skudai

Authors

  • Nor Nabilah Fatin Mohd Isa
  • Nurazwa Ahmad Faculty of Technology Management and Business

Keywords:

Kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, perkhidmatan penghantaran, kurier, model ServQual

Abstract

Perkhidmatan pos dan kurier di Malaysia telah mengalami perubahan radikal kepada evolusi Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang pesat. Pos dan kurier adalah sebahagian daripada industri perkhidmatan yang terus berkembang. Pengguna menghadapi masalah dalam memilih kualiti perkhidmatan terbaik terutamanya di antara Pos Malaysia dan GDex yang merupakan perkhidmatan penghantaran yang sering digunakan oleh kebanyakan pembeli dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan Pos Malaysia dan GD Express (GDex) di Skudai. Reka bentuk kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik digunakan dalam kajian ini. Melalui teknik persampelan rawak mudah, responden yang terlibat adalah seramai 202 orang terdiri daripada pengguna perkhidmatan Pos Malaysia dan GDex. Kajian ini juga menggunakan model ServQual bagi mengkaji tahap kepuasan pelanggan. Antara pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini adalah kebolehpercayaan, tindak balas, jaminan, empati dan harga. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan bagi menganalisis data melalui analisis deskriptif, analisis kebolehpercayaan, ujian normaliti dan analisis korelasi. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap Pos Malaysia dan GDex berada pada tahap yang tinggi manakala bagi kualiti perkhidmatan, Pos Malaysia berada pada tahap sederhana dan GDex berada pada tahap yang tinggi. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang sederhana di antara tahap kepuasan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan Pos Malaysia dan GDex. Oleh itu, pihak Pos Malaysia dan GDex perlulah sentiasa menitikberatkan dalam mengemaskini penjejakkan barang pelanggan serta menyediakan pekhidmatan yang lebih kualiti kepada pelanggan.

Downloads

Published

10-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Mohd Isa, N. N. F., & Ahmad, N. (2021). Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pos Malaysia dan Gdex di Skudai. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 137-152. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1987