Kesan Pembangunan Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Klang Elevated Ekspressway (SUKE) Terhadap Harga Rumah Di Sungai Besi

Authors

  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Nurin Nabila Mohd Dasuki
  • Haidaliza Masram

Keywords:

Infrastruktur, Kesan, Ketercapaian, Nilai harta tanah

Abstract

Sungai Besi merupakan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi yang disebabkan oleh penyediaan kemudahan-kemudahan awam seperti Terminal Bandar Tasik Selatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pusat Membeli belah, MRT dan lain-lain. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Sungai Besi dengan membina lebuh raya SUKE. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah pandangan penduduk setempat terhadap pembinaan projek lebuhraya SUKE yang dijalankan dan juga ingin mengenalpasti kesan pembinaan lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) kepada pertumbuhan harta tanah kediaman di kawasan sekitar. Justeru itu, pembinaan lebuhraya tersebut menimbulkan suatu pertanyaan, adakah ia akan memberi kesan positif walaupun aliran trafik di kawasan tersebut semakin bertambah disebabkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kaedah yang digunakan dalam metodologi adalah kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Responden dari kaedah kualitatif adalah terdiri daripada penduduk sekitar yang menetap berdekatan dengan pembangunan lebuh raya tersebut iaitu dalam radius 2 kilometer iaitu seramai 150 responden. Manakala, responden bagi kaedah kualitatif adalah dari pihak berkepentingan dari Jabatan Perancangan Dan Kawalan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Data akan dianalisis menggunakan teknik korelasi dan teknik tematik. Melalui penemuan kajian ini, ia dapat menjadi rujukan kepada mana-mana individu bagi membuat keputusan untuk melabur dalam harta tanah terutama harta tanah kediaman.

 

 

Downloads

Published

13-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Yassin, A., Wan Nurin Nabila Mohd Dasuki, & Haidaliza Masram. (2021). Kesan Pembangunan Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Klang Elevated Ekspressway (SUKE) Terhadap Harga Rumah Di Sungai Besi. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1357-1370. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1982