Pelaksanaan Teknik Penyeimbangan Baris Pengeluaran dalam Amalan Lean di IKS

Authors

  • Ahmad Nur Aizat Ahmad UTHM
  • Nur Syamimi Ahmad
  • Md Fauzi Ahmad uthm

Keywords:

Penyeimbangan Baris, Lean, IKS

Abstract

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan produk sendiri seringkali mempunyai masalah untuk meningkatkan pengeluarannya di samping menghasilkan produk dengan kos yang rendah, cepat dan berkualiti. Kos yang tinggi dalam pengeluaran sering terjadi kerana terdapat pembaziran-pembaziran yang berlaku dalam operasi syarikat. Pembaziran seperti lebihan produksi, waktu menunggu, inventori, pengangkutan yang tidak diperlukan, pergerakan yang tidak penting, proses yang tidak diperlukan, dan produk yang rosak merupakan pembaziran-pembaziran yang biasa berlaku dalam IKS. Hal ini boleh membawa kepada masalah seperti masa yang diambil oleh syarikat untuk menyiapkan produk melebihi masa yang diperuntukkan oleh pelanggan. Masalah-masalah ini boleh ditangani dengan menggunakan kaedah menyeimbangan baris pengeluaran yang efisien dalam syarikat di mana teknik ini dapat meminimumkan masa senggang dan masa operasi syarikat ini. Kajian ini dijalankan di Perusahaan Hamid Tukang Kayu untuk mengenal pasti penggunaan menyeimbangkan baris pengeluaran dalam syarikat ini. Jika syarikat ini menggunakan penyeimbangan baris pengeluaran, keefisienan baris pengeluaran akan dinilai untuk mencadangkan penambahbaikan dalam operasi syarikat seterusnya mencadangkan sebuah model baris pengeluaran yang lebih seimbang. Kaedah temu bual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan data kajian di Perusahaan Hamid Tukang Kayu. Keseimbangan baris pengeluaran bagi kedua-dua model ini ditentukan dengan masa senggang, kelewatan dalam baris dan keefisienan baris pengeluaran. Oleh itu, model yang mempunyai masa senggang yang rendah antara stesen kerja, kelewatan dalam baris yang rendah dan keefisienan yang tinggi adalah ciri-ciri model mempunyai keseimbangan yang baik. Hasil kajian menunjukkan pengurangan sebanyak 20% dari masa asal.

Downloads

Published

12-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Ahmad, A. N. A., Ahmad, N. S., & Ahmad, M. F. (2021). Pelaksanaan Teknik Penyeimbangan Baris Pengeluaran dalam Amalan Lean di IKS. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 628-639. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1977