Hubungan di antara Ciri-Ciri Pekerjaan dan Faktor yang Mempengaruhi Teknostres dalam kalangan Guru Sekolah Menengah di Johor Bahru

Authors

  • Nurasyikin Syuhadah Latif
  • Shazaitul Azreen Rodzalan UTHM

Keywords:

Ciri-Ciri pekerjaan, Faktor teknostres, Guru sekolah menengah

Abstract

Profesion perguruan berhadapan dengan tekanan serta beban kerja yang tinggi pada masa kini. Hal ini kerana ianya merupakan salah satu pekerjaan dalam perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Tambahan pula, peranan dan tanggungjawab guru-guru akan lebih mencabar dengan pelbagai pelaksanaan reformasi dalam pendidikan. Perubahan kemudahan bekerja menggunakan ICT di tempat kerja telah mengubah banyak arus pekerjaan. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti ciri-ciri pekerjaan dan faktor yang mempengaruhi teknostres serta mengkaji hubungan di antara ciri-ciri pekerjaan dengan faktor yang mempengaruhi teknostres dalam kalangan guru sekolah menengah di Johor Bahru. Responden kajian terdiri daripada 183 orang guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kajian ini telah dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Data yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan guru merasakan pentingnya tugas mereka dalam mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan di sekolah. Majoriti guru juga berpendapat teknologi telah menyebabkan mereka mengubah cara bekerja untuk seiring dengan teknologi terkini. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kepelbagaian tugas, identiti tugas, autonomi dan maklum balas dengan teknologi berlebihan. Dapatan kajian turut menunjukkan hubungan yang signifikan di antara kerumitan teknologi dengan kepentingan tugas, kepelbagaian tugas, identiti tugas dan maklum balas. Selain itu, dapatan menunjukkan hubungan signifikan di antara ketidakselamatan teknologi dengan kepentingan tugas, identiti tugas dan maklum balas serta di antara kepelbagaian tugas dengan ketidakpastian teknologi. Kajian ini boleh dijadikan panduan supaya dapat mengenal pasti sejauh manakah faktor teknostres dialami guru sekolah menengah ekoran impak pendidikan yang terpaksa dilaksanakan secara atas talian apabila terdapat halangan untuk melakukan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara langsung.

Downloads

Published

10-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Latif, N. S., & Rodzalan, S. A. (2021). Hubungan di antara Ciri-Ciri Pekerjaan dan Faktor yang Mempengaruhi Teknostres dalam kalangan Guru Sekolah Menengah di Johor Bahru. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 106-122. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1972