Pelaksanaan Pusingan Tugas Terhadap Pekerja dalam Peningkatan Produktiviti
Keywords:
Pusingan Tugas, Pekerja, Tingkat ProduktivitiAbstract
Dalam menghadapi arus kerancakan dalam perniagaan, setiap perniagaan haruslah memikirkan kaedah strategik dalam menghadapi persaingan dalam perniagaan. Pelaksanaan pusingan tugas terhadap pekerja dan majikan amatlah penting untuk memastikan prestasi pekerja berada pada tahap yang baik serta berada pada tahap kelas pertama. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti apakah tahap pelaksanaan sistem pusingan tugas bagi sesebuah organisasi serta menilai kesan pusingan tugas terhadap pekerja dan majikan. Hal ini kerana keadaan semasa ekonomi yang tidak begitu baik menyebabkan pihak pengurusan perlu lebih teliti dalam memastikan pekerja lebih berdedikasi dan berkebolehan. Temubual hanya melibatkan wakil pekerja dan wakil majikan iaitu seorang pengurus, kerani setiausaha dalam perniagaan tersebut. Kaedah temubual digunakan dalam kajian ini dan data – data dianalisis kemudian kesimpulan dibuat. Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa kesan – kesan pusingan tugas yang telah diperolehi daripada pelaksanaan pusingan tugas terhadap pekerja dan majikan. Dalam menghadapi keadaan ekonomi serta mengurangkan kos operasi, pihak syarikat perlu menjalankan pusingan kerja supaya operasi syarikat tidak terganggu walaupun dalam keadaan kekurangan pekerja. Responden terdiri daripada empat buah perniagaan berasaskan makanan iaitu, Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC), Restoran Pizza Hut, Azhar Manufacturing Sdn Bhd dan Koperasi Jabatan Berhad di sekitar Batu Pahat. Kesimpulan dapat dibuat bahawa kaedah pusingan kerja sangat berkesan dipraktikkan dalam menghadapi keadaan kekurangan pekerja dan dapat mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat.