Lean dalam Pengurangan Kitaran Masa Operasi di Sektor Pembuatan Dengan Menggunakan Aplikasi Simulasi Arena
Keywords:
Lean, Simulasi, Arena, Kitaran masaAbstract
Seiring dengan perkembangan industri pembuatan yang semakin membangun terjadinya persaingan yang cukup sengit antara perusahaan. Oleh itu, industri pembuatan perlu menghasilkan produk yang berkualiti dengan kos yang minimum. Oleh yang demikian, perencanaan pengeluaran dilihat sebagai salah satu peranan yang penting dalam membuat penjadualan pengeluaran terutama dalam pengaturan operasi atau penugasan kerja yang harus dilakukan. Masalah yang terjadi pada kitaran masa dalam suatu baris pengeluaran biasanya disebabkan oleh lambakkan bahan mentah, waktu menunggu yang lama dan susun atur yang tidak teratur. Bagi memperbaiki keadaan tersebut kajian menggunakan teknik lean iaitu penambahbaikan stesen kerja sesuai dengan ketepatan pengeluaran yang diinginkan telah dijalankan. Operasi yang paling lambat menyebabkan kitaran masa semakin meningkat dalam baris pengeluaran. Teknik lean pada stesen kerja berfungsi sebagai teknik penambahbaikan yang efisien. Kitaran masa yang baik juga memerlukan kehadiran operator yang ditempatkan bersesuaian pada stesen-stesen kerja yang ada bagi mengelakkan masa menunggu. Kajian ini telah dijalankan di Syarikat XYZ yang terletak Johor. Kitaran masa telah dikaji untuk melihat pengurangan masa kitaran dengan menggunakan teknik lean dan model simulasi ARENA dalam proses pembuatan meja sebanyak 70 buah sehari. Teknik ini akan membantu Syarikat XYZ untuk menyusun semula stesen-stesen kerja mereka. Simulasi ARENA digunakan dalam kajian ini untuk membandingkan hasil sebelum dan selepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar pengurangan masa sebanyak 20% telah dicapai melalui kajian ini.