Faktor yang Mendorong Generasi Y dalam Penggunaan Dompet Elektronik

Authors

  • Roy Haida Binti Abdellah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
  • Dahlia Fernandez Dr

Keywords:

Dompet Elektronik, Model TAM, Generasi Y

Abstract

Dompet elektronik ditakrifkan sebagai aplikasi perisian kepada telefon pintar yang berfungsi sebagai satu platform bagi pengguna untuk melakukan sesebuah transaksi pembayaran dengan lebih mudah. Akan tetapi, kadar penerimaan dompet elektronik di Malaysia masih rendah berbanding negara yang lain. Selain itu, kebanyakan penyelidik lepas kurang menyelidik faktor penggunaan dompet elektronik dalam golongan generasi Y menggunakan Model TAM. Justeru, kajian ini ingin mengkaji sejauh mana golongan generasi Y dapat menerima dalam penggunaan dompet elektronik khususnya di Johor. Hal ini kerana, penyelidik merasakan negeri Johor akan membangun lagi dari segi sektor perindustrian dan sektor ekonomi. Kajian ini juga dijalankan bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk mengetahui faktor yang mendorong golongan generasi Y dalam penggunaan dompet elektronik dari segi kebergunaan, kemudahgunaan dan kebolehpercayaan. Metodologi bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif melalui pendekatan borang kaji selidik sebagai instrumen utama. Seterusnya, data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 dan menggunakan korelasi Spearman. Kajian kes ini melibatkan responden golongan generasi Y yang berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 39 tahun di sekitar Johor. Hasil dapatan kajian, mendapati bahawa perkhidmatan dompet elektronik sememangnya membantu generasi Y untuk membeli belah dengan mudah dan majoriti pengguna merasa bahawa mereka boleh berharap pada aplikasi dompet elektronik. Secara ringkasnya, ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap niat tingkah laku pengguna dalam penggunaan dompet elektronik di Johor.

Downloads

Published

10-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Binti Abdellah, R. H., & Fernandez, D. (2021). Faktor yang Mendorong Generasi Y dalam Penggunaan Dompet Elektronik. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 47-59. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1952