Kesan Pembangunan Komuniti Berpagar dan Berpengawal (GACOS) Dari Aspek Sosial: Perspektif Penghuni dan Bukan Penghuni

Authors

  • MatTawi Yaacob UTHM
  • Tan Pei Wen

Keywords:

Komuniti Berpagar dan Berpengawal, jenayah, keselamatan, segregasi sosial, kawasan kediaman

Abstract

Skim Perumahan Komuniti Berpagar dan Berpengawal (Gated and Guarded Community Scheme - GACOS) telah diperkenalkan pada tahun 2007 dengan pengukuhan Garis Panduan Perancangan Komuniti berpagar dan berpengawal di Malaysia. Kebanyakan penghuni cenderung untuk mendiami di perumahan berkonsep GACOS disebabkan faktor keselamatan, timbulnya perasaan aman dan kurangnya kadar kes jenayah yang berlaku di kawasan kediaman melalui kawalan aliran keluar masuk masyarakat luar. Kontradiksinya, mengehadkan akses keluar masuk penduduk dan pembinaan sempadan fizikal telah menimbulkan tanggapan permisahan dan segregasi sosial berlaku di kalangan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat memilih untuk mendiami di kediaman GACOS serta mengkaji pandangan dan persepsi penduduk sekeliling terhadap GACOS. Bagi mencapai matlamat kajian, kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan melalui pengedaran borang soal selidik kepada penduduk-penduduk yang dipilih. Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keselamatan, gaya hidup dan fasiliti, faedah kewangan, status sosial dan prestij serta faktor privasi merupakan faktor penting yang mempengaruhi pilihan penghuni untuk mendiami dalam komuniti GACOS. Berdasarkan maklumbalas penghuni luar, mereka berpandangan komuniti GACOS telah menyebabkan segregasi sosial yang merosakkan budaya dan tradisi komuniti tempatan.

Downloads

Published

13-06-2021

How to Cite

Yaacob, M., & Tan Pei Wen. (2021). Kesan Pembangunan Komuniti Berpagar dan Berpengawal (GACOS) Dari Aspek Sosial: Perspektif Penghuni dan Bukan Penghuni . Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1305–1318. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1944

Issue

Section

Article