Hubungan Kebolehcapaian Persekitaran Fizikal Kampus Terhadap Prestasi Mahasiswa Orang Kelainan Upaya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Relationship Between Campus Physical Environment Accessibility to the Performance of Disabled Students at Tun Huss
Keywords:
Kebolehcapaian fizikal kampus, pelajar, Golongan Kurang UpayaAbstract
Dalam memastikan golongan OKU mendapat hak yang sama rata seperti orang normal di institusi pengajian tinggi, golongan OKU memerlukan persekitaran fizikal kampus yang kondusif bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat sejauh mana kebolehcapaian persekitaran fizikal kampus mempengaruhi prestasi mahasiswa Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui kaedah deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan tinjauan soal selidik yang diberikan kepada sebanyak 17 orang mahasiswa OKU yang melanjutkan pengajian di UTHM. Kajian ini menggunakan teknik persampelan tidak rawak disebabkan bilangan responden tertumpu yang sedikit. Semua data dianalisis melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Penemuan dari penyelidikan ini menunjukan hubungan yang signifikan antara persekitaran fizikal kampus dengan prestasi mahasiswa OKU. Seterusnya, kajian masa depan mencadangkan agar kajian dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi dalam kawasan geografi tertentu dan meninjau semua mahasiswa OKU di kampus. Penemuan dari penyelidikan ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan spesifik bagi pembuat dasar untuk melaksanakan strategi yang berkesan untuk membantu dan menyokong golongan OKU di institusi pengajian tinggi.