Strategi Pemasaran Harta Tanah Komersial Tidak Terjual oleh Pemaju di Ayer Hitam
Keywords:
Hartanah komersial, Ketidakseimbangan, Strategi Pemasaran, PemajuAbstract
Sejak tahun 1997, selepas berlakunya krisis ekonomi di Malaysia. Pasaran hartanah di Malaysia telah berlaku ketidakseimbangan dalam pasaran. Pasaran hartanah mengalami lebihan penawaran terutama dalam pasaran hartanah komersial yang menunjukkan peningkatan yang ketara dalam jumlah hartanah tidak terjual. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti strategi pemasaran yang telah dilakukan oleh pemaju dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pihak pemaju semasa memasarkan harta tanah komersial yang tidak terjual di Ayer Hitam. Bagi memastikan objektif kajian ini tercapai, pengkaji menggunakan kaedah temubual kepada dua (2) orang responden dari pihak pemaju di Ayer Hitam. Bagi proses pengumpulan maklumat, pengkaji mengunakan kaedah temubual. Melalui kaedah ini, data yang diterima dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini, strategi pemasaran yang telah dilakukan oleh pemaju adalah pemasaran secara tradisional dan menitikberatkn tentang faktor pembinaan ruang yang kondusif. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh pihak pemaju semasa memasarkan harta tanah komersial di Ayer Hitam adalah penentuan harga hartanah komersial dan kekurangan pendedahan dalam ilmu pemasaran. Dalam kajian selanjutnya, kajian terhadap kesan strategi pemasaran dan faktor yang menyebabkan wujudnya hartanah komersial tidak terjual di Ayer Hitam dapat dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk melihat perkembangan pasaran hartanah di Ayer Hitam samada bergerak ke arah positif atau sebaliknya dalam pasaran hartanah.