Faktor dan Strategi Pembangunan Harta Tanah Kediaman

Authors

  • Noor Hana Yaser
  • Khadijah Md Ariffin UTHM

Keywords:

Faktor Pembangunan, Kajian Kemungkinan, Harta Tanah Tidak Terjual, Pemasaran Harta Tanah

Abstract

Isu harta tanah tidak terjual bukan lagi menjadi perkara baharu di Malaysia. Berdasarkan Laporan Pasaran Harta Tanah bagi separuh ketiga 2019 dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendedahkan 31,092 unit kediaman siap dibina tidak terjual bagi tempoh masa itu dengan nilai RM18.96 bilion. Hal ini menimbulkan tanda tanya mengapa masih ada segelintir pemaju yang masih membangunkan harta tanah kediaman sedangkan mengetahui masih ada bilangan unit rumah yang belum terjual. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan objektif adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang diambilkira oleh pemaju di Kluang dalam membangunkan harta tanah kediaman dan mengenalpasti strategi yang dilaksanakan oleh pemaju dalam memastikan harta tanah kediaman terjual. Bagi memastikan objektif kajian ini dapat dicapai, metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif melalui temubual separa struktur bersama dua orang pihak pemaju perumahan yang terlibat dengan pembangunan harta tanah kediaman di Kluang. Maklumat yang diterima dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati faktor demografi merupakan faktor yang paling diambilkira oleh pihak pemaju dalam membangunkan harta tanah kediaman. Dengan skop dan objektif kajian yang telah dibentuk dari awal kajian hingga hasil kajian berjaya diperoleh, penyelidik berpendapat bahawa kajian lanjutan perlu dijalankan untuk memperlengkapkan lagi iaitu kajian mengenalpasti polisi kawalan pembangunan perumahan dari perspektif pemaju.

Downloads

Published

13-06-2021

How to Cite

Noor Hana Yaser, & Md Ariffin, K. (2021). Faktor dan Strategi Pembangunan Harta Tanah Kediaman. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1250–1264. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1911

Issue

Section

Article