Penguasaan Kemahiran Insaniah Melalui Penglibatan dalam Kokurikulum Pasukan Bomba Bantuan Institusi

Authors

  • Fadillah Ismail fadillah@uthm.edu.my
  • Radin Hamimah Mohamad
  • Nur Raihan Dayana Khamis

Keywords:

Kemahiran Insaniah, Kokurikulum, Pasukan Bomba Bantuan Institusi

Abstract

Penglibatan dalam kokurikulum badan beruniform merupakan salah satu alternatif yang signifikan dalam usaha menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa di IPT. Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara longitudinal bertujuan untuk pengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan 172 pelajar yang mengambil kursus kokurikulum badan beruniform Pasukan Bomba Bantuan Institusi.Terdapat tujuh attribut kemahiran insaniah (softskill) untuk pelajar IPT seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) merangkumi kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikir kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan dan kemahiran etika moral profesional (KPT 2006) digunapakai. Perisian Statistical Package for Social Science Version 20 digunakan untuk menganalisis dapatan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan peningkataan penguasaan ketujuh-tujuh kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa sebelum dan selepas menyertai badan berunifrom Pasukan Bomba Bantuan Institusi.

Downloads

Published

11-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Ismail, F., Radin Hamimah Mohamad, & Nur Raihan Dayana Khamis. (2021). Penguasaan Kemahiran Insaniah Melalui Penglibatan dalam Kokurikulum Pasukan Bomba Bantuan Institusi. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 437-445. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1894