Penggunaan IBS dalam Pengurusan Projek bagi Projek Rumah Mampu Milik: Kajian Kes di Melaka
Keywords:
Rumah mampu milik, IBS, Kualiti, Kos, Masa, Pengurusan ProjekAbstract
Kadar pertumbuhan sosio-ekonomi yang semakin berkembang di Melaka secara tidak langsung meningkatkan permintaan rumah kediaman mampu milik. Kaedah Sistem Pembinaan Industrialisasi (IBS) adalah salah satu cara yang berkesan dalam menangani masalah permintaan kediaman yang semakin meningkat ini selain menyediakan pengurusan projek yang cekap berjalan dengan singkat, jimat kos dan kualiti pembinaan yang baik. Oleh itu, objektif kajian ini mengenalpasti aspek kualiti komponen IBS yang digunakan dalam projek rumah mampu milik, mengenalpasti pengaruh komponen IBS terhadap kos projek rumah mampu milik, mengkaji kesan pengunaan komponen IBS dari segi masa dalam projek rumah mampu milik di Melaka. Kajian ini dijalankan ke atas kontraktor menggunakan IBS dalam projek rumah mampu milik di Melaka. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kajian kualitatif yang menggunakan data primer, kajian lapangan, temu bual dan risalah reka bentuk dengan syarikat pembinaan terpilih sebagai sumber data. Hasil kajian menunjukkan perkara yang dinilai terdiri daripada kualiti produk IBS yang digunakan, pengaruh IBS yang digunakan kepada kos keseluruhan projek dan kesan penggunaan IBS terhadap masa pembinaan oleh sesebuah syarikat konkrtaktor di Melaka. Kesimpulannya, penggunaan produk IBS yang digunakan dalam projek rumah mampu milik memenuhi keperluan rumah yang menpunyai kualiti dan piawaian yang baik. Penggunaan produk IBS ini turut menjimatkan kos keseluruhan projek pembinaan rumah mampu milik dan mampu menyingkat tempoh masa pembinaan yang dijalankan.



