Keperluan Penggunaan Tenaga Solar Mengikut Kategori Rumah
Keywords:
Kadar penggunaan elektrik, Tenaga Solar, Pangkalan dataAbstract
Keperluan penggunaan tenaga solar amat penting bagi sesebuah masyarakat dalam mewujudkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan membantu mengurangkan jejak karbon yang ketara. Ia juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk lebih menggalakkan masyarakat dalam penggunaan sistem tenaga solar bagi mengelakkan penghasilan gas rumah hijau. Namun, sehingga kini masih terdapat lagi isu berkaitan kenaikan bil elektrik bulanan yang tinggi disebabkan oleh cara penggunaan elektrik yang berlebihan. Bagi mencapai objektif kajian ini iaitu dengan mengenalpasti kadar penggunaan elektrik bagi sebuah rumah mengikut kategori rumah, mengkaji jenis-jenis tenaga solar yang digunakan mengikut kategori rumah dan menghasilkan pangkalan data maklumat berkaitan jenis solar panel bagi sebuah rumah mengikut kategori rumah. Kajian ini hanya menumpukan kepada empat buah rumah sahaja iaitu rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat, rumah banglo dan rumah semi-D, pemilihan empat buah rumah ini sahaja adalah disebabkan beberapa factor yang hamper sama iaitu keluasan rumah dan jenis pendawaian. Kajian ini dijalankan dalam menggunakan kaedah temubual bersama pihak kontraktor rumah dan kontraktor solar. Hasil kajian mendapati, para responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan elektrik yang menggunakan pendawaian fasa satu dan fasa tiga mengikut jenis rumah dan bilangan penambahan Switch Socket Outlet (SSO), bagi responden solar panel juga mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap bilangan solar panel yang akan digunakan mengikut anggaran penggunaan elektrik bulanan. Kajian ini telah menemukan bahawa penggunaan tenaga solar adalah berbeza mengikut jenis rumah dan ia seharusnya mengikut keluasan jenis rumah dan bilangan penggunaan kilowatt rumah tersebut. Kesimpulannya, tenaga solar mempunyai pelbagai manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar bahawa ia merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan berterusan.



