Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan dalam Proses Penyejukan Bangunan
Keywords:
SPAH, penyejukan dalam bangunan, suhu dalaman, keselesaan termaAbstract
Proses penyejukan bangunan menggunakan sistem penuaian air hujan (SPAH) adalah salah satu idea yang boleh menjimatkan perbelanjaan elektrik sambil meningkatkan keselesaan penyejukan tanpa bergantung pada penghawa dingin. Kawasan tadahan untuk sistem ini ditentukan oleh saiz bumbung bangunan. Sistem ini mempunyai dua tujuan iaitu penyejukan bangunan dan penuaian air hujan. Pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah bertujuan untuk mengumpul dan menggunakan semula air hujan bagi proses penyejukan bangunan. Suhu semakin tinggi di setiap kawasan menyebabkan masyarakat mengalami cuaca yang sangat panas, dengan suhu mencecah 38°C, yang boleh mengakibatkan strok haba jika terdedah di lokasi panas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah dalam proses pemasangan SPAH dalam penyejukan bangunan. Bagi objektif kedua ialah mencadangkan reka bentuk sistem penyejukan bangunan yang sesuai menggunakan SPAH. Kajian ini menfokuskan penyejukan bangunan dari aspek keselesaan terma kepada pengguna menggunakan kaedah temubual, prototaip dan kajian literatur. Pemilihan responden bagi temubual dipilih secara rawak seramai 3 orang. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam menurunkan suhu bangunan. Permasalah dalam pemasangan SPAH juga dapat diatasi dari segi keperluan meningkatkan kapasiti tangki penyimpanan, penggunaan pam yang lebih kuat, perancangan paip yang lebih baik, dan pemeliharaan rutin. Cadangan untuk reka bentuk SPAH yang lebih baik termasuk peningkatan kapasiti pengumpulan air, penggunaan pam yang memberikan tekanan air lebih tinggi, sensor automatik untuk penghidupan sistem, dan keseluruhan reka bentuk yang menitikberatkan kecekapan. Dengan mengatasi masalah ini dan mengaplikasikan cadangan, dapat meningkatkan prestasi keseluruhan sistem penyejukan bangunan menggunakan SPAH.



