Prestasi Kaedah Perolehan Reka Bentuk & Bina dengan Kaedah Konvensional

Authors

  • Hanisah Afiah Nor Hasdy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Md Asrul Nasid Masrom Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Goh Kai Chen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Seow Ta Wee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Haryati Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

perolehan, rekabentuk dan bina, konvensional, prestasi kos

Abstract

Kaedah perolehan bermaksud sistem pengurusan projek dan susunan kontrak yang digunakan oleh klien bagi memastikan reka bentuk dan perkhidmatan pembinaan memenuhi perlaksanaan akhir bagi cadangan projek. Terdapat kekurangan kajian yang membandingkan prestasi kos kaedah reka bentuk dan binaan berbanding kaedah konvensional yang menyebabkan penggunaan kaedah perolehan di antara reka bentuk dan bina dan kaedah konvensional ini tidak dijelaskan dengan lebih mendalam. Kajian ini ialah untuk mengenalpasti kelebihan bagi kaedah perolehan reka bina & bentuk dari segi prestasi kos berbanding dengan kaedah. konvensional. Selain itu, untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam, kaedah perolehan reka bentuk dan bina jika dibandingkan dengan kaedah perolehan konvensional. Kaedah kuantitatif sebagai pengumpulan data iaitu secara soal selidik terhadap organisasi pembinaan. Seramai 33 orang responden dari organisasi pembinaan di Johor Bahru telah menjawab soal selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perolehan reka bentuk & bina mempunyai hubungan antara kos sebenar yang ditanggung semasa projek pembinaan dan prestasi atau nilai yang dihantar oleh projek yang lebih baik berbanding kaedah konvensional. Kesimpulannya, kaedah perolehan reka bentuk & bina sememangnya satu laluan perolehan yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan dalam projek kerajaan tetapi setiap pihak mestilah memahami strukturnya dan menerima perubahan yang terlibat agar nilai kos yang diperuntukkan berpatutan dengan projek yang dibangunkan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Nor Hasdy, H. A. ., Mohamed, S., Md Asrul Nasid Masrom, K C, G., seow ta wee, & Shafii, H. . (2024). Prestasi Kaedah Perolehan Reka Bentuk & Bina dengan Kaedah Konvensional. Research in Management of Technology and Business, 5(2), 449-464. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/18108