Pengurusan dan Pembangunan Tanah Terbiar: Kajian Kes di Setiu, Terengganu
Keywords:
Tanah terbiar, Pembangunan, Pengurusan tanah terbiar, Setiu, TerengganuAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pembangunan tanah terbiar yang tidak cekap. Kajian ini mempunyai dua matlamat:(i) untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembangunan tanah terbiar yang dapat meningkatkan hasil dan pendapatan negara, dan (ii) untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh agensi pelaksana dalam membangunkan tanah terbiar. Kajian ini merupakan asas kepada kaedah kajian kualitatif. Ini disebabkan penggunaan temu bual, rujukan internet, penerbitan, dan sumber bercetak lain yang berkaitan dengan pembangunan tanah serta pendekatan kualitatif sesuai dalam kajian ini. Bagi mencapai matlamat kajian, temu bual ini melibatkan tiga orang responden daripada Pejabat Pertanian Negeri Terengganu dan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn. Bhd yang bertanggungjawab membangunkan tanah pertanian terbiar di Setiu, Terengganu. Hasil kajian ini mendapati tanah terbiar di Daerah Setiu telahdibangunkan dengan menanam dua jenis tanaman iaitu mangga dan durian. Hal ini dapat meningkatkan peningkatan penghasilan makanan dan sektor ekonomi di Negeri Terengganu. Pihak agensi pelaksana juga menghadapi beberapa cabaran dalam membangunkan kawasan tersebut. Walaubagaimana, cabaran tersebut ada yang sudah dapat diatasi. Kajian ini perlu bagi meningkatkan pertumbuhan keberkesanan pembangunan tanah terbiar ini dan menangani masalah tanah terbiar ini.



