Pengurusan dan Penyelenggaraan Sekolah Kolonial: Kajian Kes di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Keywords:
Bangunan warisan, Pengurusan dan penyelenggaraan, Sekolah kolonial, Kerosakan bangunanAbstract
Bangunan-bangunan era kolonial adalah simbol-simbol berharga yang mencerminkan warisan, sejarah, dan evolusi budaya sebuah negara. Kajian ini mengkaji kecacatan dan kerosakan yang dialami oleh Maktab Sultan Abu Bakar dan bagaimana pengurusan dan penyelenggaraan bangunan tersebut dijalankan. Kajian ini mempunyai dua matlamat: (i) untuk mengkaji isu dan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyelenggaraan sekolah kolonial di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, dan (ii) untuk mengenalpasti inisiatif pihak sekolah Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dalam pengurusan dan penyelenggaraan bagi memastikan sekolah peninggalan kolonial kekal bertahan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Bagi mencapai matlamat kajian, temu bual ini melibatkan dua orang responden iaitu pengetua Maktab Sultan Abu Bakar dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Hasilnya, kajian ini mendapati terdapat beberapa masalah yang wujud sebelum melaksanakan kerja pengurusan dan penyelenggaraan di sekolah kolonial yang dikaji.



