Bandar Rendah Karbon: Konsep dan Aplikasi di Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA)

Authors

  • Siti Zulaikha Nasuha Zulkifli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

bandar rendah karbon, perubahan iklim, Shah Alam, aplikasi

Abstract

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menjadikan bandar di Malaysia sebagai bandar yang rendah jumlah pelepasan karbon ke atmosfera. Menurut Jabatan Statistik Malaysia (2023), kejadian banjir telah menyumbang kepada perubahan iklim serta kerugian yang tinggi mengikut sektor, iaitu sebanyak RM154.5 juta daripada sektor pertanian, RM232.6 juta daripada sektor infrastruktur dan sebanyak RM8.7 juta daripada pembuatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam mencapai bandar rendah karbon dan juga untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh MBSA untuk melaksanakan bandar rendah karbon di Shah Alam. Pengkaji telah menjalankan kajian kes di Shah Alam dan menggunakan kaedah temu bual. Responden kajian ini adalah Penolong Pegawai Perancang Bandar yang telah berkhidmat di MBSA. Responden tersebut bertanggungjawab dalam menyelia dan menyelaras semua perancangan rendah karbon yang bakal dan yang telah dilaksanakan di Shah Alam. Temu bual yang telah dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti inisiatif dan cabaran yang dihadapi oleh MBSA. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa MBSA telah menjalankan beberapa inisiatif daripada elemen rendah karbon dan juga pengkaji mendapati MBSA mengahdapi beberapa masalah dalam melaksanakan bandar rendah karbon di Shah Alam. Masalah yang wujud ini memberi kesan kepada pelaksanaan bandar rendah karbon secara menyeluruh di Shah Alam menjelang tahun 2035. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-12-2024

Issue

Section

Article

How to Cite

Siti Zulaikha Nasuha Zulkifli, & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2024). Bandar Rendah Karbon: Konsep dan Aplikasi di Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA). Research in Management of Technology and Business, 5(2), 880-892. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/17941