Kepentingan Perwartaan Tanah Rizab Orang Asli

Authors

  • Rozilah Kasim UTHM

Keywords:

Perwartaan tanah, Tanah rizab, Orang asli

Abstract

Tanah rizab orang asli di semenanjung Malaysia adalah hak yang diiktiraf dari amalan resam dan undang-undang adat. Namun, sistem perundangan sedia ada berkaitan pengurusan tanah rizab orang asli sering dilihat tidak memihak kepada orang asli. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKOA pada tahun 2012, menunjukkan kampung orang asli mempunyai keluasan lebihkurang 151,1431 hektar yang mana kira-kira 30,883 hektar tanah atau 20% masih lagi berstatus tanah rizab yang diwartakan dibawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Walaupun tanah rizab ini diiktiraf dan diwartakan sebagai kawasan rayau orang asli namun, peruntukan perwartaan ini boleh ditarikbalik oleh kerajaan negeri sekiranya perlu melalui peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Oleh itu hak orang asli terhadap tanah rizab yang diwartakan tidak terjamin dalam peruntukan perundangan sedia ada. Kajian ini memfokuskan untuk mengenalpasti kepentingan perwartaan tanah rizab terhadap Orang Asli. Pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual bersama penduduk kampong orang asli di kawasan kajian dan pegawai JAKOA dilaksanakan. Penganalisaan data dengan menggunkan kaeadah analisa tematik. Kajian ini membuktikan terdapat kepentingan perwartaan tanah rizab terhadap orang asli dikawasan kajian. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pemegang taruh dalam pengurusan tanah rizab orang asli.

Downloads

Published

13-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Kasim, R. (2021). Kepentingan Perwartaan Tanah Rizab Orang Asli. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1208-1216. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1783