Pembangunan Kawalan Proses Statistik Melalui Aplikasi Asas Visual Untuk Kawalan Kualiti

Authors

  • Md Fauzi Ahmad @ Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohammad Kamarulzzaman Ali
  • Ahmad Nur Aizat Ahmad

Keywords:

Kawalan proses statistik, Carta kawalan, Industri perkilangan, Aplikasi asas visual

Abstract

Kawalan Proses Statistik (KPS) adalah kaedah kawalan kualiti (KK) yang menggunakan kaedah statistik untuk memantau suatu proses di pengeluaran proses. Ini membantu memastikan proses tersebut berjalan dengan cekap, menghasilkan produk yang mematuhi spesifikasi. Walau bagaimanapun, pengendali lapangan dengan pengetahuan terhad tentang KPS menghadapi kesukaran untuk menggunakan perisian komersial. Dalam kajian ini, aplikasi asas visual dikembangkan khusus untuk membantu pelaksanaan KPS. Kajian metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah pembangunan perisian KPS menggunakan aplikasi asas visual. Pengkaji telah mereka bentuk dan membuat interface. Alat utama yang digunakan dalam KPS termasuk carta kawalan seperti carta X dan R, carta X dan S, carta n, carta np, carta u, carta c. Pengkaji telah menghasilkan perisian KPS yang mempunyai daya saing dengan keluaran perisian KPS daripada pelbagai syarikat dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada penggunanya setiap bulan. Pengkaji juga telah menjalankan uji kaji kepada pekerja-pekerja Syarikat ABC. Dari kajian ini, Perisian KPS yang dicipta oleh pengkaji menunjukkan keberkesanan perisian tersebut kepada pekerja-pekerja biasa dan disesuaikan dengan kaedah yang difahami. Perisian KPS dapat membantu pengendalian dengan mudah, walaupun dengan pengetahuan teknikal yang minimum.

Downloads

Published

10-06-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Ahmad @ Mohamad, M. F., Mohammad Kamarulzzaman Ali, & Ahmad Nur Aizat Ahmad. (2021). Pembangunan Kawalan Proses Statistik Melalui Aplikasi Asas Visual Untuk Kawalan Kualiti. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 201-210. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1768