Fenomena Ketidakpadanan (Mismatch) Dalam Pasaran Harta Tanah Kediaman

Authors

  • Wan Zahari Wan Yusoff
  • Abdul Jalil Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zarina Shamsudin

Keywords:

Ketidakpadanan pasaran Harta Tanah

Abstract

Abstrak: Ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran dalam pasaran harta tanah memberi impak yang ketara kepada ekonomi negara. Permintaan perumahan di Selangor semakin meningkat, sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk samada dari segi migrasi atau pun kelahiran. Bilangan rakyat yang tidak memiliki rumah juga adalah tinggi, sejajar dengan peningkatan permintaan. Namun demikian bilangan unit perumahan yang tidak terjual adalah tinggi (overhang). Permintaan terhadap rumah mampu milik di bawah RM300,000 adalah tinggi. Bagaimanapun majoriti rumah yang ditawarkan adalah berada di luar paras kemampuan rakyat. Ini menyebabkan berlakunya lambakan harta tanah yang tidak terjual kerana ketidakpadanan pasaran. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ketidakpadanan pasaran harta tanah serta mengkaji strategi yang berkesan dalam mengatasi isu ketidakpadanan ini. Metodologi kajian adalah melalui kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data sekunder diperolehi daripada Laporan Pasaran Harta dan laporan NAPIC serta laporan Statistik Perumahan yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik dan Jabatan Perumahan Negara. Manakala data primer diperolehi melalui instrumen  temu bual ke atas empat (4) orang pakar harta tanah terpilih. Hasil kajian dapat mengenal pasti faktor-faktor yang yang menyumbang kepada fenomena ketidakpadanan harta tanah. Strategi dan cadangan mengatasi turut dibincangkan dalam kajian ini. Kajian ini memberi manfaat kepada pembuat dasar dan polisi perumahan serta kepada pemaju perumahan di Selangor dan Malaysia amnya.

Downloads

Published

26-11-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Wan Yusoff, W. Z., Omar, A. J., & Shamsudin, Z. . (2023). Fenomena Ketidakpadanan (Mismatch) Dalam Pasaran Harta Tanah Kediaman. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 685–698. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/13915