Jenama Pemaju dalam Mempengaruhi Keputusan Pembelian Harta Tanah Kediaman di Daerah Sepang, Selangor

Authors

  • Nur A’ifaa Asha’are UTHM
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Keutamaan Jenama, Harta Tanah Kediaman, Jenama Pemaju

Abstract

Projek terbengkalai merupakan masalah yang sering dikaitkan dengan pemaju yang masih baharu, kecil dan kurang dikenali. Disebabkan itu, pembeli hartanah kediaman mempunyai kepercayaan yang lebih besar terhadap jenama pemaju yang terkenal. Kenyataan ini akan dibuktikan berdasarkan kajian yang akan dilakukan ini yang mana objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada jenama pemaju mempengaruhi pembeli untuk membeli hartanah kediaman dan untuk mengenalpasti keutamaan pembeli terhadap jenama pemaju hartanah kediaman. Seterusnya, metodologi kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian yang akan diedarkan secara rawak kepada seramai 300 orang responden yang terdiri daripada pembeli rumah berpontensi dan semasa di kawasan perumahan sekitar mukim Bandar Baru Salak Tinggi di daerah Sepang, Selangor. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan faktor jenama pemaju juga turut mempengaruhi keputusan pembelian hartanah kediaman dengan memperolehi respon kedua tertinggi berdasarkan analisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan keutamaan pembeli terhadap jenama pemaju telah dapat dikenalpasti iaitu aspek pemaju yang mempunyai rekod kerja yang baik yang telah mendapat respon tertinggi pada skala paling penting. Oleh itu, pemaju hartanah mungkin boleh menggunakan hasil daripada kajian ini sebagai pendorong untuk mereka meningkatkan jenama syarikat mereka dengan lebih baik lagi dalam pemasaran produk hartanah mereka dalam industri hartanah ini.

Downloads

Published

26-11-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Asha’are, N. A. (2023). Jenama Pemaju dalam Mempengaruhi Keputusan Pembelian Harta Tanah Kediaman di Daerah Sepang, Selangor. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 962-975. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/13904