Elemen Penentu Harga Harta Tanah Kediaman oleh Pemaju di Pasir Gudang, Johor

Authors

  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haryati Shafii
  • Haidaliza Masram
  • Mohd Hafizal Ishak
  • Fei Yet Phang

Keywords:

Kata Kunci: Harga, Kediaman, Harga, Penentu harga

Abstract

Perumahan adalah keperluan asas untuk menjelmakan hak asasi manusia dalam kehidupan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan kos hartanah telah menjadi kebimbangan serius bagi pengguna Malaysia. Harga rumah kediaman akan dipengaruhi oleh banyak faktor seperti kos bahan mentah, harga tanah, dasar kerajaan, lokasi, kadar inflasi, kadar faedah, demografi, penawaran dan permintaan, dan sebagainya. Pihak pemaju sentiasa memainkan peranan yang penting dalam impak harga hartanah kediaman. Objektif kajian ini akan mengenal pasti faktor dominan yang mempengaruhi penentuan harga rumah kediaman dari perspektif pemaju dan hubungan antara peningkatan harga rumah dengan peningkatan pendapatan penduduk di Pasir Gudang, Johor Bahru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian adalah diperolehi daripada 20 soal selidik yang diagihkan kepada pemaju di Pasir Gudang, Johor Bahru, serta menilai beberapa dokumen berkaitan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dan Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk mengkaji hubungan antara trend peningkatan harga rumah dengan peningkatan pendapatan penduduk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa elemen yang menyumbang kepada penentuan harga kediaman oleh pemaju di Pasir Gudang, dan faktor permintaan dan penawaran menjadi factor paling dominan, manakala faktor yang paling kurang mempengaruhi adalah faktor kadar inflasi. Tambahan lagi, hubungan antara peningkatan harga rumah dengan faktor dominan hartanah adalah signifikan. Kajian ini akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang persepsi pemaju terhadap faktor tertentu yang menentukan harga rumah, dan membantu bakal pembeli yang ingin melabur di Pasir Gudang untuk memahami keadaan pasaran hartanah semasa dan hubungan antara pendapatan penduduk dan harga rumah.

 

Downloads

Published

26-11-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Yassin, A., Shafii, H., Masram, H., Ishak, M. H. ., & Phang, F. Y. (2023). Elemen Penentu Harga Harta Tanah Kediaman oleh Pemaju di Pasir Gudang, Johor. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 640–654. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/13814