A Analisis Faktor dan Cabaran Dalam Membuat Penilaian Hotel
Penilaian hotel
Keywords:
Penilaian hotel, Faktor-faktor yang diambilkira dalam penilaian hotel, Cabaran dalam penilaian hotelAbstract
Dalam penilaian hotel, faktor-faktor yang diambilkira adalah lokasi, masa,
keuntungan hotel, kos operasi, fasiliti dan sebagainya. Terdapat tiga (3) kaedah penilaian yang
sering digunakan iaitu Kaedah Kos, Kaedah Perbandingan, dan Kaedah Pendapatan. Namun,
terdapat beberapa cabaran dalam setiap kaedah penilaian yang digunakan untuk membuat
penilaian hotel. Salah satu cabaran yang disebutkan dalam kajian lepas adalah anggaran susut
nilai bagi hotel adalah sukar untuk diperoleh, yang mana apabila ia semakin usang dan lama,
kehilangan nilai yang terhasil dari segi fizikal, fungsi atau luaran dan lain-lain akan menjadikan
nilai hotel tersebut semakin sukar untuk dianggarkan. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti
faktor-faktor yang diambilkira dalam penilaian hotel dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh penilai dalam membuat penilaian hotel. Responden yang ditemubual adalah tiga (3) orang
penilai kerajaan dan dua (2) orang penilai swasta di sekitar Johor. Data daripada responden
diperoleh dengan menggunakan keddah temubual semi struktur bagi mencapai kedua-dua
objektif kajian. Berdasarkan kepada hasil dapatan yang diperoleh, faktor-faktor yang
diambilkira oleh kesemua responden adalah lokasi, masa, keuntungan hotel, kos operasi, saiz
hotel, dan fasiliti. Manakala cabaran yang dihadapi oleh kesemua responden dalam penggunaan
kaedah penilaian semasa membuat penilaian hotel adalah Kaedah Perbandingan dan Kaedah
Pendapatan.