Troli Dapur Serbaguna untuk Ruang Makan
Keywords:
Troli, Mudah alih, Ruang makan, DapurAbstract
Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa berulang alik dari dapur ke ruang makan. Pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan adalah sangat diperlukan untuk penambahbaikan kajian. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria troli dapur serbaguna yang sesuai digunakan di ruang makan. Kriteria yang telah dikenal pasti akan diserapkan di dalam proses pembangunan prototaip. Menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik hebahan dilakukan kepada responden untuk mendapatkan maklumat spesifikasi yang diperlukan pengguna. Kajian ini tertumpu kepada pengguna yang mahukan ruang makan kelihatan kemas tanpa gangguan peralatan atau perkakas di atas meja. Sasaran pengguna dan responden kajian ini adalah orang awam khususnya golongan B40. Hasil soal selidik yang telah dijalankan akan digunakan dalam proses reka bentuk termasuk proses lakaran, idea, pembangunan idea, pemilihan reka bentuk akhir, mock-up dan prototaip. Kajian ini merangkumi pembangunan reka bentuk troli dapur serbaguna baharu dengan bahan, warna dan kos yang sesuai. Berdasarkan dapatan kajian, penyelidikan ini dijangka menyumbang penyelesaian kepada isu ruangan terhad di meja makan dengan hasil troli dapur serbaguna yang direka dengan unsur gabungan kayu dan besi sebagai reka bentuk yang unik dan menarik.