Potensi Harta Tanah Komersial dan Eko-Pelancongan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor

Authors

  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Fadzila Mohd Hamami

Keywords:

Bangunan bersejarah, Pelancongan, Transformasi luar bandar, Eko-pelancongan

Abstract

Kewujudan bangunan bersejarah memberikan banyak manfaat kepada negara, terutamanya dari segi pendapatan dan ekonomi negara. Pengekalan dan transformasi pembangunan warisan sejarah penting bagi memberi peluang dan potensi yang besar kepada sesebuah kawasan untuk kekal maju dan berkembang dalam mendatangkan hasil kepada ekonomi negara terutamanya dari sektor harta tanah komersial dan juga pelancongan. Namun, terdapat juga sesetengah kawasan bersejarah yang tidak lagi diambil berat akan pengekalan dan sejarah tempat tersebut terutamanya di kawasan luar bandar seperti pekan kecil atau tempat-tempat yang kurang popular di kalangan penduduk termasuklah di kawasan pekan kecil Parit Sulong. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi pekan Parit Sulong dalam aspek harta tanah komersial dan eko-pelancongan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji inisiatif pihak kerajaan dan komuniti dalam menjadikan pekan Parit Sulong sebagai kawasan pelancongan baru di Batu Pahat. Pendekatan yang akan digunakan dalam kajian ini adalah melalui kaedah temu bual yang terdiri daripada penduduk setempat dan juga ketua kampung atau ketua kawasan di pekan tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa pekan Parit Sulong mempunyai potensi yang tinggi di dalam aspek pelancongan, namun potensi harta tanah komersial adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati bahawa pelbagai inisiatif baru boleh dilakukan untuk memajukan pekan ini ke arah pelancongan.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Fadzila Mohd Hamami. (2023). Potensi Harta Tanah Komersial dan Eko-Pelancongan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 1547-1556. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11732