Kesan Penjanaan Semula Bandar Terhadap Nilai Sewa Komersial: Kajian Kes di Jalan Dhoby, Johor Bahru

Authors

  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Hazim Mohd Zaki

Keywords:

Harta komersial, Nilai sewa, Penjanaan semula bandar

Abstract

Penjanaan semula bandar (urban regeneration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan masalah berkaitan bandar atau kawasan yang usang dan tidak ekonomik. Ia secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai sewa di bandar atau kawasan dengan meningkatkan nilai sewa hartanah. Ini berikutan wujudnya daya permintaan dan penawaran hasil daripada perubahan yang dialami oleh kawasan atau bandar ke arah yang lebih maju. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah penjanaan semula bandar di Johor Bahru serta mengaitkan elemen penjanaan semula bandar dengan nilai sewa hartanah komersial di sekitar Jalan Dhoby, Johor Bahru. Lokasi ini dipilih kerana kawasan tersebut telah melepasi fasa penjanaan semula bandar. Kerja pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan dua jenis kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder. Temu bual dengan wakil dari Think City Sdn. Bhd, penyewa dan pemilik hartanah komersial telah dilakukan secara terperinci untuk mendapatkan data primer iaitu data nilai sewa yang dikenakan di kawasan kajian. Seterusnya, data sekunder diperolehi melalui kajian lepas serta artikel dan jurnal. Penentuan kaedah penjanaan semula bandar dan impak ke atas kenaikan dan penurunan sewa dan trend nilai sewa yang dikenakan merupakan aspek analisis data ini. Tahap ini adalah yang paling penting kerana ia akan menentukan keputusan objektif yang ditetapkan pada permulaan kajian. Kajian ini secara tidak langsung dapat mengkaji kesan penjanaan semula bandar terhadap nilai sewa hartanah komersial di Jalan Dhoby, Johor Bahru melalui kaedah temu bual.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Muhammad Hazim Mohd Zaki. (2023). Kesan Penjanaan Semula Bandar Terhadap Nilai Sewa Komersial: Kajian Kes di Jalan Dhoby, Johor Bahru. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 1517-1530. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11730