Revolusi Industri 4.0: Impak kepada Prestasi Operator Pengeluaran Akibat Peralihan Kerja

Authors

  • Anita Awang UTHM
  • Ahmad Nur Aizat Ahmad UTHM
  • Md Fauzi Ahmad UTHM

Keywords:

Automasi industri, prestasi pekerja, operator pengeluaran, sektor pembuatan

Abstract

Teknologi pada masa kini memainkan peranan dalam penghasilan proses yang effektif. Persaingan yang ada akan mengekal daya saing dengan mencari kaedah baharu. Automasi digunakan sebagai satu kaedah dalam syarikat untuk berdaya saing. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menkaji hubungan yang tersalih dalam pelaksanaan anatara automasi dan prestasi kerja. Seramai 186 responden yang diperlukan dalam menjawab soal selidik ini namun hanya 142 responden sahaja yang telah menjawab soalan yang diedarkan. Teknik pengumpalan data menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif untuk menyokong teori kerangka konseptual. Analisis data dilakukan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS). Penemuan mendedahkan bahawa responden menggunakan automasi industri pada tahap kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuain dan kepercayaan yang tinggi. Hasil daripada analisis, empat faktor pembolehubah iaitu kecekapan operator, sikap operator, kepuasan menggunakan automasi dan kepercayaan menggunakan automasi didapati mempunyai hubungan yang signifikan kecuali  kesesuaian menggunakan automasi mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan prestasi kerja. Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan, disimpulkan bahawa kesemua factor pembolehubah dalam kajian ini didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja kecuali faktor pembolehubah kesesuaian penggunaan automasi. Selain itu, tahap prestasi kerja operator pengeluaran dalam penggunaan automasi dapat dinilai berdasarkan faktor yang dikaji.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Awang, A., Ahmad, A. N. A., & Ahmad, M. F. (2023). Revolusi Industri 4.0: Impak kepada Prestasi Operator Pengeluaran Akibat Peralihan Kerja. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 869-877. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11713