Penentuan Pampasan Dalam Pengambilan Tanah
Pengambilan Tanah
Keywords:
Pengambilan Tanah, Pampasan Mencukupi, Bantahan Terhadap Pampasan, Faktor Penentuan PampasanAbstract
Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal bagi membenarkan berlakunya tindakan pengambilan tanah tetapi hendaklah menepati syarat dan membayar sejumlah pampasan yang mencukupi. Namun begitu, terdapat bantahan oleh pemilik tanah terhadap nilai pampasan tanah yang diberi. Kajian dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor diambil kira dalam menentukan nilai pampasan pengambilan tanah dan menganalisa jenis-jenis bantahan terhadap pampasan pengambilan tanah. Kajian ini memfokuskan kepada kes-kes pengambilan tanah yang berlaku di seluruh negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data diperolehi melalui semakan dokumen berkaitan dengan kes-kes pengambilan tanah. Hasil kajian berjaya mengenalpasti faktor-faktor penentuan pampasan yang dipertimbangkan dalam menentukan pampasan dan jenis-jenis bantahan terhadap pampasan yang kerap kali dilakukan oleh pemilik tanah. Kesimpulannya, penyelidikan ini dapat memberi pendedahan kepada pihak yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi mengendalikan sebarang masalah yang bakal dihadapi dengan lebih baik.