Faktor-Faktor Pemilihan Pembelian Makanan Secara Atas Talian Sepanjang Pandemik Dalam Kalangan Mahasiswa/I FPTP, UTHM

Authors

  • Anim Zalina Azizan Madam
  • Nurul Aryuni

Keywords:

Faktor gaya hidup, faktor harga, faktor kepercayaan

Abstract

Kajian ini dibuat untuk mengetahui faktor-faktor pemilihan pembelian makanan secara atas talian sepanjang pandemik dalam kalangan mahasiswa FPTP,UTHM. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhinya tetapi dalam kajian ini membincangkan hanya tiga faktor sahaja iaitu faktor gaya hidup, faktor harga dan faktor kepercayaan.. Data diperoleh hasil daripada borang soal selidik yang telah disebarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda di bawah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) di UTHM melalui google from. Perisian ‘Statistic Package for Social Science (SPSS) telah digunakan untuk menganalisa data dengan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan faktor gaya hidup, faktor harga dan faktor kepercayaan pengaruhi pembelian atas talian dalam kalangan mahasiswa. Penyelidik menaksirkan bahawa kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada pemilik perniagaan yang terlibat dalam perniagaan makanan sebelum memulakannya secara atas talian.

 

Downloads

Published

26-11-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Azizan, A. Z., & Ridzuan, N. A. (2023). Faktor-Faktor Pemilihan Pembelian Makanan Secara Atas Talian Sepanjang Pandemik Dalam Kalangan Mahasiswa/I FPTP, UTHM. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 898–912. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11410