Hubungan Penggunaan Internet of Things (IoT) Dengan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Di Batu Pahat

Authors

  • Anim Zalina Azizan Madam
  • Izzah Fatimah

Keywords:

Penggunaaan Internet of Things, Prestasi perusahaan kecil dan sederhana

Abstract

Internet of Things (IoT) ialah rangkaian peranti fizikal, kenderaan, bangunan dan item lain yang dibenamkan dengan elektronik, perisian, penderia dan ketersambungan yang membolehkan objek ini menyambung dan bertukar data. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh mendapat manfaat daripada IoT dalam pelbagai cara seperti penjimatan kos, peningkatan kecekapan dan membuat keputusan yang lebih baik. IoT membolehkan PKS mengumpul data daripada pelbagai sumber, menganalisisnya dan membuat keputusan termaklum. Ia juga membolehkan mereka mengautomasikan proses dan mengurangkan campur tangan manusia, sekali gus mengurangkan kos. Selain itu, IoT boleh membantu PKS meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan maklumat masa nyata dan perkhidmatan yang diperibadikan. Ia juga boleh membantu mereka meningkatkan hasil dengan mencipta model perniagaan baharu. Kajian ini dijalankan bagi meninjau dan memahami dengan lebih mendalam tentang hubungan penggunaan IoT dengan prestasi PKS di Batu Pahat, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan Internet of Things (IoT) di perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Batu Pahat, mengenal pasti tahap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Batu Pahat dan mengenal pasti hubungan antara penggunaan Internet of Things (IoT) dengan prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Batu Pahat. Kajian ini menggunakan “Statistical Package for Social Science” (SPSS) versi yang ke-26 untuk menganalisis data yang telah dijawab dan dikumpul daripada responden melalui borang soal selidik yang telah diagihkan secara atas talian kepada peniaga-peniaga di industri PKS di Batu Pahat, Johor. Statistik inferens seperti Pekali Korelasi Pearson (r) digunakan untuk menentukan sama ada wujud hubungan antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar antara penggunaan IoT dengan prestasi PKS. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan IoT mempunyai hubungan signifikan positif dengan prestasi PKS. Penggunaan IoT yang betul akan membantu organisasi tersebut untuk mencapai objektif.

Downloads

Published

26-11-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Azizan, A. Z., & Abdullah Zawawi, I. F. (2023). Hubungan Penggunaan Internet of Things (IoT) Dengan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Di Batu Pahat. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 913-928. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11402