Hubungan antara Cabaran - Cabaran Terhadap e-Pembelajaran dan Efikasi Kendiri (Self-Efficacy) dalam kalangan Pelajar Sarjana Muda Tahun Satu UTHM

Authors

  • Nurul Nabila Kadir UTHM
  • Mohd Zarir Yusoff

Keywords:

Cabaran, Efikasi Kendiri, E-Pembelajaran

Abstract

E-pembelajaran kini menjadi kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan disebabkan wabak COVID-19 dan norma baharu dalam kehidupan. Mereka akan menghadapi masalah ingin menyelesaikan tugasan dalam waktu yang diberikan oleh pensyarah kerana rangkaian internet yang lemah. Hal ini menyebabkan tahap e- pembelajaran pelajar semakin merundum seterusnya memberi kesan terhadap tahap efikasi kendiri pelajar yang semakin lemah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara cabaran-cabaran dalam e-pembelajaran dan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Tahun Satu UTHM. Skop kajian ini hanyalah melibatkan kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh pengkaji. Responden yang pengkaji fokuskan adalah pelajar sarjana muda tahun satu yang belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Oleh itu, sampel untuk kajian ini adalah 317 pelajar. Jumlah responden pelajar Sarjana Muda Tahun Satu UTHM ialah 222 responden. Kaedah analisis deskriptif dan korelasi digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan dari sumber utama (iaitu soal selidik). Proses Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) digunakan sebagai alat analisis data utama untuk kajian kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap cabaran-cabaran dalam e- pembelajaran dan efikasi kendiri berada pada tahap yang tinggi. Terdapat hubungan signifikan yang kuat dan positif antara cabaran-cabaran dalam e-pembelajaran dan efikasi kendiri.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Kadir, N. N. ., & Yusoff, M. Z. . (2023). Hubungan antara Cabaran - Cabaran Terhadap e-Pembelajaran dan Efikasi Kendiri (Self-Efficacy) dalam kalangan Pelajar Sarjana Muda Tahun Satu UTHM. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 122-134. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11377