Meter Mudah Alih IoT untuk Voltan dan Arus
Keywords:
Meter Mudah Alih IoT untuk Voltan dan Arus, Internet of Things, MMAIoTVA, IoT, Meter, Arus, Voltan, IoT Portable Voltage and Current MetreAbstract
Meter Mudah Alih IoT untuk Voltan dan Arus adalah kajian yang dibangunkan bagi tujuan untuk membantu para pengguna bagi membantu pengguna dalam memastikan data atau nilai voltan dan arus yang diambil tidak hilang malah disimpan didalam peranti iaitu telefon bimbit. Objektif kajian ini adalah mereka bentuk satu multimeter mudah alih yang menyimpan data atau nilai untuk memudahkan pengguna dan membangunkan multimeter yang digabungkan dengan Internet of Things (IoT). Hasilnya daripada kajian, ia dapat membantu pengguna bagi proses pengukuran data yang banyak tanpa perlu menghafal, mencatit, dan melakukan kerja pengukuran banyak kali kerana data yang sudah diambil akan disimpan secara automatik. Oleh itu, Meter Mudah Alih IoT untuk Voltan dan Arus ini dapat berfungsi dengan baik dan dapat membantu pengguna dalam mempercepatkan kerja-kerja pengukuran.



