Persepsi Penduduk Terhadap Faktor Bencana Banjir: Kajian Kes di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor

Authors

  • Muhammad Khairi Amir bin Abdullah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

bencana Banjir, Faktor semulajadi, Faktor manusia

Abstract

Fenomena bencana banjir merupakan fenomena yang tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia. Proses pembandaran yang pesat akibat daripada faktor manusia dan faktor semula jadi menjadi punca kepada peningkatan kekerapan berlakunya banjir. Negeri perindustrian seperti Selangor juga tidak terkecuali. Kejadian banjir berlaku setiap tahun di banyak daerah di Selangor termasuklah di Taman Sri Muda, yang terletak di daerah Klang. Menurut (Nordin Sakke et. al., 2010), banjir adalah satu fenomena limpahan air melebihi tebing sungai akibat daya tampung rendah apabila sistem saliran mencapai tahap maksimum. Oleh itu, daripada bencana banjir yang melanda kawasan di Taman Sri Muda, kertas kerja ini cuba untuk mengenalpasti punca atau faktor utama berlakunya banjir di kawasan tersebut. Seterusnya, mengenalpasti faktor banjir tersebut dari aspek semulajadi, pembandaran, pengurusan dan sistem perparitan dan saliran. Kajian ini telah menggunakan satu kaedah utama iaitu kaedah kuantitatif. Selain itu, instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang diagihkan kepada penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam. Seterusnya data dan maklumat dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS). Daripada kajian ini didapati bahawa 56 orang responden bersetuju bahawa faktor manusia merupakan faktor utama manakala seramai 44 orang responden memilih faktor semulajadi sebagai faktor utama berlakunya banjir di Taman Sri Muda. Selain itu, majoriti responden juga bersetuju bahawa hujan lebat dan hakisan sungai sebagai faktor semulajadi utama yang menyebabkan banjir dengan skor julat min masing-masing adalah 4.48 dan 4.62

Downloads

Published

21-12-2023

Issue

Section

Civil, Building, Infrastructure, and Environmental Management

How to Cite

Muhammad Khairi Amir bin Abdullah. (2023). Persepsi Penduduk Terhadap Faktor Bencana Banjir: Kajian Kes di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Progress in Engineering Application and Technology, 4(2), 611-617. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/peat/article/view/10590